Tadarus Ramadan Muslimin

📸 Sekitar Lensa | Tadarus Ramadan Muslimin
Alhamdulillah, telah berlangsung sesi Tadarus Ramadan Muslimin yang diadakan setiap hari sepanjang bulan Ramadan bermula selepas solat subub bertempat di Dewan Solat Utama Masjid Putra Heights.
Program tadarus ini menghimpunkan para muslimin dalam suasana penuh ketenangan dan keberkatan untuk bersama-sama membaca.
Semoga usaha ini menjadi medan memperbaiki bacaan, menambah kefahaman serta menghidupkan hati dengan cahaya wahyu.
Mudah-mudahan amalan yang kecil tetapi berterusan ini menjadi asbab rahmat, mengeratkan ukhuwah sesama muslimin serta meraih ganjaran berlipat ganda di sisi Allah SWT 🤍
Mohon disebarkan, semoga beroleh kebaikan. Sekian, terima kasih.
.
❤️ Hadirkan diri imarahkan Majlis Ilmu Taman-taman Syurga Allah.
“Mengimarahkan Masjid Adalah Tanggungjawab Kita Bersama”

🌸 Untuk makluman juga, pihak Masjid Putra Height amatlah berbesar hati menjemput MUSLIMIN DAN MUSLIMAT bagi menjayakan program ilmu ini. Semoga beroleh manfaat.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Scroll to Top