Program Sepanjang Ramadan

Assalamualaikum wrt.
🌙 Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan 1447H / 2026M
Pihak pengurusan Masjid Putra Heights mengucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah Ramadan. Semoga bulan penuh rahmat ini membawa keampunan, keberkatan dan ketenangan buat kita semua.
Aktiviti Sepanjang Ramadan di masjid:
– Solat Sunat Tarawih 20 rakaat beserta Solat Sunat Witir
– Qiamullail & Sahur 10 malam terakhir
– Tadarus Al-Quran & Tazkirah Zohor
– Iftar Jamaie Setiap Hari
– Majlis Khatam Al-Quran & Tahlil
– Kaunter Zakat Fitrah
– Program Singgah Sahur
– Program Nuzul Quran
– Lain – lain lagi
Kemudahan Disediakan:
👶 Bilik Tayangan Video Kanak-kanak
🚗 Perkhidmatan Buggy untuk jemaah yang memerlukan
Jom sama-sama hadir mengimarahkan masjid sepanjang Ramadan ini.
Negeri Melayu adat terpandang,
Syariat Islam jadi pegangan,
Ramadan mulia kembali menjelang,
Salah dan khilaf mohon dimaafkan.
Selamat berpuasa, moga setiap amal diterima Allah 🤍
Mohon disebarkan, semoga beroleh kebaikan. Sekian, terima kasih.
.
❤️ Hadirkan diri imarahkan Majlis Ilmu Taman-taman Syurga Allah.
“Mengimarahkan Masjid Adalah Tanggungjawab Kita Bersama”

🌸 Untuk makluman juga, pihak Masjid Putra Height amatlah berbesar hati menjemput MUSLIMIN DAN MUSLIMAT bagi menjayakan program ilmu ini. Semoga beroleh manfaat.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Scroll to Top