KEMUDAHAN MASJID PUTRA HEIGHTS

  • DEWAN SOLAT UTAMA

    Dewan Solat Utama yang boleh memuatkan sehingga 3,000 jemaah lelaki dalam satu-satu masa. Selain digunakan untuk aktiviti solat berjemaah lima waktu, Dewan Solat Utama juga turut digunakan untuk aktiviti-aktiviti lain anjuran Masjid MPH mahupun agensi luar seperti Solat Sunat Hajat, Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat, Tazkirah/kuliah agama, majlis pernikahan dan sebagainya.

  • DEWAN SOLAT WANITA

    Dewan Solat Wanita yang berada di Aras 1 boleh memuatkan sehingga 200 jemaah wanita dalam satu-satu masa. Selain digunakan untuk aktiviti solat berjemaah lima waktu, Dewan Solat Wanita juga turut digunakan untuk aktiviti-aktiviti lain anjuran Masjid MPH mahupun agensi luar seperti Solat Sunat Hajat, Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat, Tazkirah/kuliah agama dan sebagainya.

  • PERPUSTAKAAN

    Perpustakaan Masjid MPH yang terletak di aras 1 sehingga kini mempunyai sejumlah 2700 naskhah buku yang sesuai untuk setiap peringkat umur daripada kanak-kanak pra-sekolah, pelajar sekolah rendah dan menengah, belia/pelajar universiti/kolej, pegawai dan kakitangan kerajaan hinggalah ke jemaah Masjid MPH sendiri.

  • DEWAN SEBAGUNA

    Dewan Serbaguna boleh memuatkan sehingga 200 orang. Ia digunakan untuk jamuan makan bagi program/aktiviti anjuran di Masjid MPH. Ia disertakan dengan kemudahan penghawa dingin, kerusi dan meja makan.

  • DEWAN SEMINAR

    Dewan Seminar dilengkapi dengan 2 buah monitor yang boleh memuatkan sehingga 100 orang dalam satu-satu masa. Ia digunakan untuk mesyuarat Masjid MPH dan mesyuarat anjuran agensi luar sepanjang tahun yang berjalan sama ada pada waktu siang ataupun malam setiap hari termasuk hujung minggu. Bilik ini juga dilengkapi dengan kemudahan LCD dan P.A. System serta penghawa dingin.

  • BILIK KULIAH

    Bilik Kuliah boleh memuatkan sehingga 20-30 orang dalam satu-satu masa bagi setiap bilik. Ia digunakan untuk program-program pengajian Masjid MPH sepanjang tahun yang berjalan sama ada pada waktu siang ataupun malam setiap hari termasuk hujung minggu. Bilik Kuliah ini dilengkapi dengan kemudahan LCD dan P.A. System serta penghawa dingin.

Scroll to Top