Program Singgah Sahur Ramadan

📸 Sekitar Lensa | Program Singgah Sahur Ramadan
Alhamdulillah, telah selesai program penyerahan jamuan Sahur sempena Bulan Ramadan pagi tadi.
Penyerahan ini telah diberikan kepada Balai Polis Putra Heights, kawasan pondok di Plaza Tol Putra Heights, Klinik Utama Putra Heights, serta Stesen Minyak Shell Putra Heights.
Program Singgah Sahur ini menjadi tanda penghargaan dan kebersamaan kepada petugas barisan hadapan dan mereka yang bertugas demi masyarakat, agar mereka turut merasai kemeriahan Ramadan walaupun dalam waktu bekerja.
Semoga usaha kecil ini menjadi asbab keberkatan, mengeratkan ukhuwah serta menyemai kasih sayang sesama insan. Mudah-mudahan setiap langkah yang diatur dan setiap rezeki yang dikongsi mendapat ganjaran daripada Allah SWT 🤍
Mohon disebarkan, semoga beroleh kebaikan. Sekian, terima kasih.
.
❤️ Hadirkan diri imarahkan Majlis Ilmu Taman-taman Syurga Allah.
“Mengimarahkan Masjid Adalah Tanggungjawab Kita Bersama”

🌸 Untuk makluman juga, pihak Masjid Putra Height amatlah berbesar hati menjemput MUSLIMIN DAN MUSLIMAT bagi menjayakan program ilmu ini. Semoga beroleh manfaat.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Scroll to Top