MAJLIS KESYUKURAN JEMAAH HAJI 2026, PELAJAR CEMERLANG SPM 2025 SERTA AQIQAH & TAHNIK

30 April 2026 – Putra Heights
Alhamdulillah, Majlis Kesyukuran bakal Jemaah Haji 2026, Pelajar Cemerlang SPM 2025 serta Majlis Aqiqah & Tahnik anjuran Masjid Putra Heights telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana yang penuh rahmat dan kesejahteraan.
Majlis dimulakan selepas waktu Maghrib dengan bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat sebagai pembuka acara, memohon rahmat dan kesejahteraan kepada semua yang hadir.
Program ini dianjurkan sebagai tanda kesyukuran, menghimpunkan ahli kariah bagi meraikan 16 orang bakal jemaah haji, meraikan 26 pelajar cemerlang yang memperoleh 8A dan keatas dalam SPM 2025 serta melaksanakan ibadah aqiqah dan tahnik.
Majlis ini diserikan lagi dengan ucapan penghargaan oleh Ustaz Farid Hadi bin Sharif, Pegawai Tadbir Agama Pejabat Agama Islam Daerah Petaling merangkap Pengerusi Lembaga Tadbir MPH.
Selain itu, majlis diisi dengan tausiah dan nasihat yang disampaikan oleh Ustaz Iqbal Zain, seterusnya diteruskan dengan acara mentahnik bayi yang disempurnakan dengan penuh tertib dan ketenangan.
Pelbagai juadah turut disediakan, di samping sumbangan makanan secara potluck oleh komuniti yang menyerikan lagi suasana serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan ahli kariah.
Semoga penganjuran majlis ini menjadi wadah pengukuhan silaturahim serta membawa rahmat dan kesejahteraan kepada seluruh ummah.
Semoga Allah SWT menerima segala amal dan menjadikannya sebagai asbab peningkatan iman.
Mohon disebarkan, semoga beroleh kebaikan. Sekian, terima kasih.
.
❤️ Hadirkan diri imarahkan Majlis Ilmu Taman-taman Syurga Allah.
“Mengimarahkan Masjid Adalah Tanggungjawab Kita Bersama”

🌸 Untuk makluman juga, pihak Masjid Putra Height amatlah berbesar hati menjemput MUSLIMIN DAN MUSLIMAT bagi menjayakan program ilmu ini. Semoga beroleh manfaat.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Scroll to Top